Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Jadi Hanis .. !!

9 Sept 2010 - Hari bertarikh ni hari kelahiran Hanis, dia ni adik ipar aku.. tapi kita orang sambut 10hb malam. biasa la, 9hb orang masih puasa sambutan pun kurang..hehe. Dah raya ni ramai la sikit adik beradik berkumpul, baru la besttt..So aku apa lagi, praktis menembak la.. Dah memang kerja aku tembak2..lagi-lagi lepas belajar kursus ni..kena la rajin selalu menembak..ish melalut pulak..dah2 aku persembahkan gambar waktu hari jadi hanis.

Kek Hanis..sori takde pilihan,ramai plak beli kek time raya ni.. :)

Ni Hanis, orang yang diraikan..

selesai doa, tunggu time nak potong kek plak..yummyyy

tutup mata...make a wish :)

dapat plak hadiah dari kakak..

akak mithali la konon,suapkan..caitt..haha

suka betul dia dapat hadiah... :D

last but not least, anak sedara - irfan

Errmm..semuanya dah setel, kerja aku pun dah setel gak..jemput2 lah komen eh.. Jumpa lagi dalam episod yang akan datang. By the way aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Kamil & Leny sekeluarga.

Salam,
Kamil Maksom

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Jadi Papa .. !!

27 Ogos 2010, Kota Tinggi - genap la papa umur 56 tahun.. Selamat hari jadi papa. Kami doakan semoga papa panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. Ramai yang sambut hari jadi papa haritu..
papanye birthday tapi papa yg baca doa.. :p

ni kek papa, sayang(leny) belikan..yummyy

doa dah baca, apa lagi potong kek laa bersama cucu..

dah kenyang makan kek, anak2 bagi hadiah plak..tapi sume nak cepat, sebab papa nak kena pegi surau..solat terawih la pe lagi.. ape papa dapat tu..jom tengok..

haa..dapat seluar baru..yahuu

ape ni kotak kuning..ada emas ke dalam tu..

ooOO..one drop perfume rupanyaa..aku pilih org lain bayar.. :D

Ok lah...eeehh..ade lagi sorang nak masuk gambar ni..
ni Afiq (anak kak wili)

Ok lah semua, sampai jumpe lagi..jangan lupa baca niat puasa untuk esok :)

Salam,
Kamil Maksom

Wednesday, September 1, 2010

Melaka - Hospital & Stadhuys

2 minggu lepas dapat call dari mama, bagitau anak sedara papa masuk hospital sebab eksiden motor kat Melaka. Apa lagi hari minggu tu kita orang pegi la sana melawat. Masa pegi lepas zohor, sampai sana pun lebih kurang jam 4 petang. Waktu melawat jam 5-7.. Aku pun plan la dengan wife aku gi bandar Melaka. Jalan2 sambil ambil gambar. Yela baru belajar ambil gambar kan, kira training la tu, alang dapat pegi Melaka tu. So ni lah hasil nya....

beca ni masih ada lagi sampai sekarang..tapi kesian kat pakcik yg bawa..

ingat nak beli selipar ni..tapi bini aku cakap tak hensem utk aku.. :)

memang sesuai jual kipas ni, panas betol...

ibu mengandung a.k.a wife bersama adiknya

dah masuk 8 bulan

kat bangunan Stadhuys

 adik die nak gak..amik kan je la..kang nangis lak..hehe

asik orang lain je amik gambar..aku nak gak..hehe (mama yang amikkan)

 gambar kami berdua plus one dalam perut..hehe
-doakan kami bahagia dunia akhirat-

Setel ambil gambar, baru lah kia orang gerak pegi hospital. Tapi aku tak ambil gambar kat hospital, sebab seram sangat, kaki dia masuk besi...eee...aku lak yang tiba2 seram + nak pengsan...hehe

Ok lah nak tido dulu, bantal dah panggil...jumpa lagiiii...


Salam,
Kamil Maksom

Tuesday, August 31, 2010

Course @ SNAP

Awal bulan Ogos haritu aku pergi course kat SNAP yang dianjurkan oleh Saiful Nang. Sebelum ni nak pergi tapi wang nya belum cukup, ye la time tu tak keje lagi. Sekarang dah ada kerja. Alhamdulillah ape yang aku cari ape yang aku nak sume aku jumpe kat course ni.

Ni kelas masa ambil course dekat SNAP.

Teori dan praktikal semua ada, lengkap lah untuk belajar photography kat sini. Aku memang rekemen sangat kat korang yang nak belajar photography pi sini la..

1st Day:CBP

Ni cikgu Kacuk a.k.a Hazwan

Aku masuk kelas pagi2 cikgu ni dah cakap macam kenal aku. Konpius jap, tapi aku pun rasa macam penah ku lihat cikgu ku ni tapi di manaa yaa.. Time rehat tanye baru la tau Kacuk a.k.a Hazwan ni rupanya senior aku kat sekolah.

'dah2 ler tu amik aku..kang aku malu..' kata kacuk pada anak muridnya

cikgu besar pun turut membantu dalam pembelajaran kami

Apa yang penting dalam pembelajaran hari pertama adalah aperture, shutter speed, iso & histogram.


2nd Day: AOS

Hari kedua belajar Art of Seeing, kira2 macam mana nak lihat seni dari mata kita sendiri. Nampak macam senang, tapi buat susah gak..haha. Sebabnya bila bayang dah cun gila sekali dalam gambar tak keluar macam dalam bayangan, so nak buat macam mana..takpe, latih lagi..

Ni Saiful Nang cikgu untuk hari2 & berikutnya.

Antara aktiviti yang ada pada hari ni kenyakan memang praktikal la..kata pun asah mata.

semua ni aku yang amik masa sesi praktikal..ermm

kata anak murid pada cikgunya, "boleh pinjam kamera cikgu kejap tak" hehe


3rd Day: PIP


Hari ini belajar Editing plak..heran aku diorang edit gambar cantik2..sekali belajar baru lah faham macam mana. Belajar kat internet boleh je, tapi tu la aku ni jenis malas baca kot..atau pun buat malas..haha


Nota: Untuk PIP semua gambar dibawah adalah diambil oleh Saiful Nang dan diolah oleh aku.


Gambar yang telah diolah oleh aku:
cantik tak aku edit..hehe


4th & 5th Day: WPW

Course ni lebih spesifik untuk wedding photography. Banyak sangat ilmu kat dalam course ni. Malas lah tulis banyak2..korang pun letih baca. aku tunjuk gambar je senang...hehe


Menarik sume sesi dalam kelas ni.banyak komen dan kritikan yang boleh bantu aku untuk terus berusaha lagi.

Mana2 kawan yang berminat nak ambil kursus ni boleh lah jenguk2 kat website ni Saiful Nang Academy of Photography

ok lah kawan2..sampai jumpa lagi

Salam,
Kamil Maksom

Intro

Hi semua..haha aku baru belajar buat blog. Ni la blog aku yang pertama, so tak tau sangat nak bubuh apa. Takpe korang tunggu la untuk yang akan datang aku sajikan dengan gambar sekali baru best nak tengok..kan..kan..kan..byeee


by kamil maksom