Tuesday, August 31, 2010

Course @ SNAP

Awal bulan Ogos haritu aku pergi course kat SNAP yang dianjurkan oleh Saiful Nang. Sebelum ni nak pergi tapi wang nya belum cukup, ye la time tu tak keje lagi. Sekarang dah ada kerja. Alhamdulillah ape yang aku cari ape yang aku nak sume aku jumpe kat course ni.

Ni kelas masa ambil course dekat SNAP.

Teori dan praktikal semua ada, lengkap lah untuk belajar photography kat sini. Aku memang rekemen sangat kat korang yang nak belajar photography pi sini la..

1st Day:CBP

Ni cikgu Kacuk a.k.a Hazwan

Aku masuk kelas pagi2 cikgu ni dah cakap macam kenal aku. Konpius jap, tapi aku pun rasa macam penah ku lihat cikgu ku ni tapi di manaa yaa.. Time rehat tanye baru la tau Kacuk a.k.a Hazwan ni rupanya senior aku kat sekolah.

'dah2 ler tu amik aku..kang aku malu..' kata kacuk pada anak muridnya

cikgu besar pun turut membantu dalam pembelajaran kami

Apa yang penting dalam pembelajaran hari pertama adalah aperture, shutter speed, iso & histogram.


2nd Day: AOS

Hari kedua belajar Art of Seeing, kira2 macam mana nak lihat seni dari mata kita sendiri. Nampak macam senang, tapi buat susah gak..haha. Sebabnya bila bayang dah cun gila sekali dalam gambar tak keluar macam dalam bayangan, so nak buat macam mana..takpe, latih lagi..

Ni Saiful Nang cikgu untuk hari2 & berikutnya.

Antara aktiviti yang ada pada hari ni kenyakan memang praktikal la..kata pun asah mata.

semua ni aku yang amik masa sesi praktikal..ermm

kata anak murid pada cikgunya, "boleh pinjam kamera cikgu kejap tak" hehe


3rd Day: PIP


Hari ini belajar Editing plak..heran aku diorang edit gambar cantik2..sekali belajar baru lah faham macam mana. Belajar kat internet boleh je, tapi tu la aku ni jenis malas baca kot..atau pun buat malas..haha


Nota: Untuk PIP semua gambar dibawah adalah diambil oleh Saiful Nang dan diolah oleh aku.


Gambar yang telah diolah oleh aku:
cantik tak aku edit..hehe


4th & 5th Day: WPW

Course ni lebih spesifik untuk wedding photography. Banyak sangat ilmu kat dalam course ni. Malas lah tulis banyak2..korang pun letih baca. aku tunjuk gambar je senang...hehe


Menarik sume sesi dalam kelas ni.banyak komen dan kritikan yang boleh bantu aku untuk terus berusaha lagi.

Mana2 kawan yang berminat nak ambil kursus ni boleh lah jenguk2 kat website ni Saiful Nang Academy of Photography

ok lah kawan2..sampai jumpa lagi

Salam,
Kamil Maksom

Intro

Hi semua..haha aku baru belajar buat blog. Ni la blog aku yang pertama, so tak tau sangat nak bubuh apa. Takpe korang tunggu la untuk yang akan datang aku sajikan dengan gambar sekali baru best nak tengok..kan..kan..kan..byeee


by kamil maksom