Sunday, September 26, 2010

Tahniah..!!




Tahniah buat abangku Hareez Maksom & kakak iparku Kak Dana kerana telah menerima seorang lagi cahaya mata pada 24th Sept 2010 jam 2153. Alhamdulillah semuanya selamat. Ini bermakna aku pun bertambah anak sedara..hehe..ramai la geng aku pasni.. Aku dengan family dah ada kat hospital sejak jam 9 lagi. Farhan (anak sulong) dah tak sabar-sabar nak dukung baby.. Masa kat hospital ada la sikit gambar  yg diambil sambil menunggu semuanya setel..

menunggu kelahiran baby dengan tekun & berdebar
fahmi sampai tertidur di kerusi..tunggu baby tak lahir lagi
sekali dah bangun plak..(gambar atas tu buat-buat tidur je..hehe)


 
farhan sempat ber'posing' lagi...

 
fahmi bersama atuk



Dan akhirnyaaaa...masa yang ditunggu telah tiba..telefon ku dapat mesej "Alhamdulillah dah selamat bersalin. Baby boy.." Kami satu family bersyukur & gembira.
farhan & fahmi sibuk tanya mana baby kat ayah mereka..


Ayah diorang pun beri la telefon yang mana ada gambar baby baru lahir...

 
tekun farhan melihat wajah adiknya..

 
fahmi seakan-akan tak percaya dapat adik lagi..slide laju je gambar adik dia..hehe


Gambar lepas ni gambar abang-abangnya yang telah puas hati setelah dapat berjumpa ayahnya dan melihat gambar adiknya. Mereka merasa bangga kerana telah menjadi abang yang akan menjaga, menyayangi dan juga menjadi teman sepermainan kepada baby..

 
 Fareez Farhan

 Fareez Fahmi

Ini lah gambar baby... Cute sangat..



 






 abg an & abg mi keletihan jaga baby seharian.. :p


Uncle doakan  baby,farhan dan fahmi sihat selalu dan menjadi anak yang soleh. Ok lah..sudah sampai masa tidurku..hehe..Harap semua enjoy dengan gambar yang disajikan...Hingga bertemu lagi dalam episod akan datangg...

Salam,
Kamil Maksom

Monday, September 13, 2010

Raya di perantauan..

Tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang suami dan bakal ayah tak lama lagi insyaAllah..hehe. Raya 1st dekat umah aku, lepas solat raya baru lah kami bertolak pulang ke kampung halaman di Kota Tinggi Johor. Kira-kira 4jam perjalanan dari KL, kalau laju lagi 3jam pun boleh sampai. Tapi aku tak bawak laju, 4jam lebih baru sampai..hehe

Raya tahun ni masih berdua, coming soon tambah lagi seorang..belum keluar je lagi. Mudah2an selamat semuanya. Ada sikit buah tangan dari aku untuk tatapan kawan-kawan semua.

kasi Black & White dulu..

Afiq & Dina

suka orang ambil gambar die..

Ni pulak Irfan, adik kepada Dina..sengeh manjang :)

adik beradik yang comel..

Afiq nak gi beraya ke menari Zapin..hehe

pandai betul posing..

mereka ni sebaya,ade gaya tak.. :)

Nak duit raya antel(uncle)..

Dah puas ambil gambar diorang, kami pun bersiap-siap untuk pergi ziarah sedara dan kawan-kawan papa dekat Bukit Ramon, Taib Andak alaarrrr area rumah Mawi tu.. dengan Kg Pasir Raja..takde la plak aku jumpa rajanya..diorang dah sorok dari aku kot.haha.. ada lar dalam 5 ke 6 buah rumah kita orang pergi..cuaca agak panas..semua rumah pulak bagi air suam-suam kuku jee...fuhhhh..menambahkan lagi suam badan kami.. hehe.. Cukup-cukup malas nak tulis panjang, bukan korang baca pun.. :) Bawah ni, gambar sekitar ziarah tersebut:

Pakcik Khamis a.k.a ayah Abg Zahid

Pakcik Miskam

Pakcik Sarih (kalau tak silap aku lar)

Ni makcik-makcik yang ikut pergi ziarah..hehe

haa..camni la senyum..nampak gigi ;)

sempat lagi posing sebelum naik kereta nak balik..ish3

Sebelum mengakhiri penulisan blog aku kali ini, aku letak gambar family belah isteri di Johor. Apsal aku macam tiang letrik je..beza sungguh dengan orang lain..hehe. Tema kaler baju tahun ni kaler kuning..so sume la kuning2..cun tak..hehe

Salam Aidil Fitri buat semua Muslimin & Muslimat seluruh dunia.

Sampai sini dulu lah episod kali ini. kita sambung lagi dalam episod akan datang. Hati-hati ketika memandu, jangan gelojoh dan banyakkan bersabar. Semoga kita sampai ke destinasi dengan selamat. Harap semua enjoyy dengan semua gambar-gambar di blog ini.

Salam,
Kamil Maksom

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Jadi Hanis .. !!

9 Sept 2010 - Hari bertarikh ni hari kelahiran Hanis, dia ni adik ipar aku.. tapi kita orang sambut 10hb malam. biasa la, 9hb orang masih puasa sambutan pun kurang..hehe. Dah raya ni ramai la sikit adik beradik berkumpul, baru la besttt..So aku apa lagi, praktis menembak la.. Dah memang kerja aku tembak2..lagi-lagi lepas belajar kursus ni..kena la rajin selalu menembak..ish melalut pulak..dah2 aku persembahkan gambar waktu hari jadi hanis.

Kek Hanis..sori takde pilihan,ramai plak beli kek time raya ni.. :)

Ni Hanis, orang yang diraikan..

selesai doa, tunggu time nak potong kek plak..yummyyy

tutup mata...make a wish :)

dapat plak hadiah dari kakak..

akak mithali la konon,suapkan..caitt..haha

suka betul dia dapat hadiah... :D

last but not least, anak sedara - irfan

Errmm..semuanya dah setel, kerja aku pun dah setel gak..jemput2 lah komen eh.. Jumpa lagi dalam episod yang akan datang. By the way aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Kamil & Leny sekeluarga.

Salam,
Kamil Maksom

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Jadi Papa .. !!

27 Ogos 2010, Kota Tinggi - genap la papa umur 56 tahun.. Selamat hari jadi papa. Kami doakan semoga papa panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. Ramai yang sambut hari jadi papa haritu..
papanye birthday tapi papa yg baca doa.. :p

ni kek papa, sayang(leny) belikan..yummyy

doa dah baca, apa lagi potong kek laa bersama cucu..

dah kenyang makan kek, anak2 bagi hadiah plak..tapi sume nak cepat, sebab papa nak kena pegi surau..solat terawih la pe lagi.. ape papa dapat tu..jom tengok..

haa..dapat seluar baru..yahuu

ape ni kotak kuning..ada emas ke dalam tu..

ooOO..one drop perfume rupanyaa..aku pilih org lain bayar.. :D

Ok lah...eeehh..ade lagi sorang nak masuk gambar ni..
ni Afiq (anak kak wili)

Ok lah semua, sampai jumpe lagi..jangan lupa baca niat puasa untuk esok :)

Salam,
Kamil Maksom

Wednesday, September 1, 2010

Melaka - Hospital & Stadhuys

2 minggu lepas dapat call dari mama, bagitau anak sedara papa masuk hospital sebab eksiden motor kat Melaka. Apa lagi hari minggu tu kita orang pegi la sana melawat. Masa pegi lepas zohor, sampai sana pun lebih kurang jam 4 petang. Waktu melawat jam 5-7.. Aku pun plan la dengan wife aku gi bandar Melaka. Jalan2 sambil ambil gambar. Yela baru belajar ambil gambar kan, kira training la tu, alang dapat pegi Melaka tu. So ni lah hasil nya....

beca ni masih ada lagi sampai sekarang..tapi kesian kat pakcik yg bawa..

ingat nak beli selipar ni..tapi bini aku cakap tak hensem utk aku.. :)

memang sesuai jual kipas ni, panas betol...

ibu mengandung a.k.a wife bersama adiknya

dah masuk 8 bulan

kat bangunan Stadhuys

 adik die nak gak..amik kan je la..kang nangis lak..hehe

asik orang lain je amik gambar..aku nak gak..hehe (mama yang amikkan)

 gambar kami berdua plus one dalam perut..hehe
-doakan kami bahagia dunia akhirat-

Setel ambil gambar, baru lah kia orang gerak pegi hospital. Tapi aku tak ambil gambar kat hospital, sebab seram sangat, kaki dia masuk besi...eee...aku lak yang tiba2 seram + nak pengsan...hehe

Ok lah nak tido dulu, bantal dah panggil...jumpa lagiiii...


Salam,
Kamil Maksom