Tuesday, December 20, 2011

December...

Sudah tiba lagi bulan disember bg tahun 2011..tinggal hanya beberapa hari saja lagi akan berakhir tahun 2011.. Macam mana denga azam korang semua..jadi ke?

Pada aku tahun ni kurang sikit la..awal tahun haritu aku masuk wad..kesihatan tak berapa baik.. Dugaan buat diriku. Mungkin Allah duga aku untuk aku lebih mendekatkan diriku kepada Nya.

InsyaAllah, tahun baru aku ingin plan yg baru.. Doakan berjaya dan dipermudahkan jalanya ye..

Ok lah..c ya next time..

enjoy gambar2 tahun 2011





Salam,
Kamil Maksom

Wednesday, September 28, 2011

Lens Sigma 50-500mm f/4-6.3 untuk dijual

Salam semua,

Disini ada lens untuk dijual. Nikon Mount, kondisi 8.5/10, pakej termasuk hood,collar tripod,box & beg.
Lens tiada fungus, jarang guna. Harga RM2.7k (nego skit)




SOLD OUT....!!

Sesiapa yang berminat untuk membeli atau sedang mencari lens tele ni boleh lah hubungi saya di 019-xxx

Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya ..!!

Salam semua,

Dah 11 hari kita beraya aku baru sempat nak ucap selamat hari raya buat semua yg mengenali diriku. Mohon maaf zahir & batin dari kami sekeluarga.

Sekian,
Kamil & keluarga

Thursday, April 7, 2011

Salam..

Wahhh..sudah lama tak posting dalam blog ni..nantikan kemunculan kamil selepas ini..

Tungguuuu...!!!!!!

Kamil Maksom

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aildil Adha

Salam semua,

Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan hari raya pada tahun ini. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua terutama isteriku Nurmaleny, anakku Adinda Nur'amany, mak ayah di serdang, mak ayah mertua di Kota Tinggi dan sedara mara ku dimerata2 tempat. Diharapkan raya haji tahun ni lebih meriah berbanding dengan tahun2 lepas.

Tahun ni aku masih beraya bersendirian sama macam tahun lepas gak. tahun lepas aku belum kawen lagi. Tapi tahun ni plak isteri aku berpantang di Kota Tinggi. So terpaksa lah beraya sorang2..Takpe, Jumaat ni insyaAllah dah balik ke kota sebab hari Sabtu nak buat majlis akikah untuk puteri sulongku. Kepada semua saya disini juga ingin menjemput saudara/i untuk datang memeriahkan majlis tersebut. Kenduri lepas isya' ye..

Aku letakkan beberapa keping gambar amany buat tatapan semua yg merindui amany..

 kita ngantuk la pa..
 tido dlm tudung saji, nnt kena gigit nyamuk
 sedapnye tido lepas tangan



Kini berat amany sudah mencecah 4.2kg selepas sebulan..sayang amany

Salam,
Kamil Maksom

Thursday, October 21, 2010

Anakku

Rasanya dah lama aku tak update blog ni..sibuk dengan menyambut kelahiran anak sulongku baru-baru ni.. So update kali ni untuk 'Anakku'

Alhamdulillah pada tarikh 16 October 2010 jam01.37 pagi lahir lah seorang bayi perempuan dari perut ibunya seberat 3.07kg secara normal di Hospital Putrajaya. Saat yang dinantikan selama 9bulan akhirnya berakhir pada hari tersebut. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dikurniakan anak yang lahir dengan sempurna dan sihat. Aku juga bersyukur ibunya juga sihat selepas bersalin.

ku kepilkan sedikit gambar anakku disini untuk tatapan sedara,kawan, dan semua yg mengenali diriku..

2jam selepas kelahiran di Labor room:





Tengah hari di wad O&G

 fav pic

Hari ke2 di rumah(ahad 17/10/10)







Hadiah tak seberapa buat isteri & anakku tersayang..:



Akhir kata, Kamil & Leny sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan,kesejahteraan dan kesihatan kami sekeluarga. tak lupa juga kepada Emak&Ayah, Abg Hareez & Kak Dana sekeluarga, Mama&Papa, Kak Muna sekeluarga, Kak wili sekeluarga, shima dan anis yang belum berkeluarga, atas sokongan moral dan sebagainya. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua, InsyaAllah.

Sampai sini dulu penceritaan aku kali ini sampai jumpe lagi di masa akan datang..

Salam,
Kamil Maksom

Sunday, September 26, 2010

Tahniah..!!




Tahniah buat abangku Hareez Maksom & kakak iparku Kak Dana kerana telah menerima seorang lagi cahaya mata pada 24th Sept 2010 jam 2153. Alhamdulillah semuanya selamat. Ini bermakna aku pun bertambah anak sedara..hehe..ramai la geng aku pasni.. Aku dengan family dah ada kat hospital sejak jam 9 lagi. Farhan (anak sulong) dah tak sabar-sabar nak dukung baby.. Masa kat hospital ada la sikit gambar  yg diambil sambil menunggu semuanya setel..

menunggu kelahiran baby dengan tekun & berdebar
fahmi sampai tertidur di kerusi..tunggu baby tak lahir lagi
sekali dah bangun plak..(gambar atas tu buat-buat tidur je..hehe)


 
farhan sempat ber'posing' lagi...

 
fahmi bersama atuk



Dan akhirnyaaaa...masa yang ditunggu telah tiba..telefon ku dapat mesej "Alhamdulillah dah selamat bersalin. Baby boy.." Kami satu family bersyukur & gembira.
farhan & fahmi sibuk tanya mana baby kat ayah mereka..


Ayah diorang pun beri la telefon yang mana ada gambar baby baru lahir...

 
tekun farhan melihat wajah adiknya..

 
fahmi seakan-akan tak percaya dapat adik lagi..slide laju je gambar adik dia..hehe


Gambar lepas ni gambar abang-abangnya yang telah puas hati setelah dapat berjumpa ayahnya dan melihat gambar adiknya. Mereka merasa bangga kerana telah menjadi abang yang akan menjaga, menyayangi dan juga menjadi teman sepermainan kepada baby..

 
 Fareez Farhan

 Fareez Fahmi

Ini lah gambar baby... Cute sangat..



 






 abg an & abg mi keletihan jaga baby seharian.. :p


Uncle doakan  baby,farhan dan fahmi sihat selalu dan menjadi anak yang soleh. Ok lah..sudah sampai masa tidurku..hehe..Harap semua enjoy dengan gambar yang disajikan...Hingga bertemu lagi dalam episod akan datangg...

Salam,
Kamil Maksom